part time freelance writer



Assalamualaikum and hai semua. First entry untuk tahun 2016 . So since dah lama tak menulis di blog ni , rasa awkward sikit lah , sampai tajuk pun blur nak tulis apa .

Okay, so ceq nak habaq yang sekarang ni lebih aktif jadi " part time freelance writer " di channel telegram . Jadi mai join channel , search je di telegram :

                                                     @langkahtanpalelah

Tak tahu macam mana boleh terlintas nak letak tajuk channel tu . But thank you buat semua yang support channel ni . Sebenarnya one of reason kenapa wujudkan channel ialah sebab nak mujahadah dengan diri supaya tak menulis benda yang lagha . cehh 

Since dah deactived laman sosial seperti wechat, twitter and facebook . Wechat and facebook nak dekat setahun dah deactived . Twitter dalam 5 bulan dah . Tinggal instagaram je . Rasa macam something missing bila tak boleh nak menulis atau tulis  . Tapi biarlah bukan catatan kosong jadi terhasilnya channel di telegram untuk sebarkan ibrah .

Because " Do what you love and love what you do " . Jadi ceq just do it je lah masa create channel tu sebab memang suka menulis , blogger kan . Hee..

Tapi rasa sayang kat blog ni sebab blog ni bermulanya medium untuk ceq menulis , memang lah ada lah jugak perasaan nak tukar tema sebab umur pun dah makin besaq tapi biaq pi lah . Comey apa penguin tu ? Yang penting rasa selesa dengan blog ni . So ceq tak nak tukar lah tema blog ni .

In fact , banyak catatan dulu-dulu yang dah delete . Maaf na . Lagi satu kat blog lebih suka bahasakan diri sebagai " solehah " , my name sebab rasa lagi dekat . Tapi kat channel tulis "admin " .

Dan buat yang baru follow ini , tahu link ada "saranghaesolehah " , mesti hangpa ingat ni belog cerita korea bagai . Tak tau . Lama dah tinggal semua tu cuma tak boleh nak tukar link sebab nanti follower lama tak dapat detect blog ni . Husnudzon sikit ;)

Jadi , ceq amik keputusan untuk post jugak tulisan yang ditulis di channel LTL (Langkah Tanpa Lelah ) tu supaya korang lebih senang scroll . Dan yang tak da telegram pun boleh turut baca sekali . Haa, tu je lah nak habaq .

Last but not least ,
Terima kasih buat semua yang masih support diri ini dan maaf sesangat ya atas post dulu-dulu yang banyak lagha . Moga kali ini boleh jadi medium untuk dapatkan ibrah .

Salam ukhwahfillah dari admin khai_sol . Fi hifzillah :)

2 2697 budak baik:

Busyra Takiyudin said...

singgah sini. btw cool je masuk blog ni. hehe

Nazihah@Jiha said...

Moga Allah rahmati :)

Animated Pink Pencil